
BUKA WEB WAKING APP ( DOWNLOAD )

MASUKKAN EMAIL @ PASSWOARD SENDIRI

PILIH AR @ VR YANG DIKEHENDAKI, 3D MODEL ATAU VIDEO PLAYER

BUKA PROJEK YANG DIKEHENDAKI

MASUKKAN GAMBAR YAG DIPILIH

SAVE @ SIMPAN

PUBLISH PADA UMUM

SIMPAN & KELUAR


E N T I T I
TUTORIAL
MANUAL PENGGUNAAN ENTITI
VIDEO AUGMENTASI REALITI & REALITI MAYA
Teknologi AR dan VR adalah teknologi yang sangat diperlukan pada zaman industri 4.0 masa kini. adanya teknologi tersebut memudahkan segala keperluan di pamirkan dalam sistem maya dan menjadikan pemikiran luar kotak manusia menjadi kenyataan.
Ahli :
1. MOHD FARID BIN JAAFAR
2. FAZLINA BTE IBRAHIM
3. ABD LATIP BIN HJ DRIS
September 9, 2017
TEKNOLOGI AUGMENTASI REALITI (AR)
1.0 PENGENALAN TEKNOLOGI
Alat Komunikasi mudah alih tidak lagi hanya dikenali sebagai alat-alat bantuan kerja atau hiburan sahaja, tetapi telah berkembang menjadi alat peranti dalam Sistem Pembelajaran Mudah Alih (SPMA). SPMA telah dibangunkan dengan tujuan untuk membantu pelajar dalam memahami konsep bahan pembelajaran secara interaktif yang dikemukakan oleh sistem dan dapat memberikan maklumat yang lebih daripada yang dijalankan melalui kaedah pengajaran tradisional. Melalui SPMA tidak lagi terhad oleh ruang dan masa, pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana sahaja. SPMA melalui ‘smartphone’ ( telepone pintar) menggalakkan kreativiti pelajar. Mereka boleh menganalisis, meneroka, memproses dan menggunakan maklumat yang didapati untuk mengemukakan maklumat mengenai pengetahuan mereka sendiri. Pelajar juga digalakkan mencari ilmu sains secara bebas.
Salah satu cara mewujudkan SPMA ialah dengan Augmentasi Realiti (AR). AR adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan satu aplikasi teknologi yang menggabungkan kemunculan satu bentuk program (sama ada teks, gambar atau bunyi) yang didapati oleh aplikasi smartphone atau komputer yang mempunyai dua atau tiga dimensi dengan pemandangan dunia sebenar dalam masa yang sama. AR diharapkan dapat memperkayakan pengalaman bagi penggunanya. Penggunaaan AR pada SPMA bertujuan sebagai media interaktif dan memperkenalkan teknologi AR sebagai medium untuk melihat keseluruhan perkara, benda atau objek yang amat susah utntuk dilihat. Kebelakangan ini AR telah disebut-sebut sebagai teknologi penting di masa depan. AR kini secara meluas dikaji dan berubah pesat. Teknologi ini adalah sangat menarik dan interaktif. Oleh itu terdapat pelbagai aplikasi besar yang berpotensi seperti dalam bidang perubatan, pembuatan, perancangan bandar, seni bina, arkeologi, pendidikan dan banyak lagi. Kini dengan perkembangan pesat dalam web, teknologi pengkomputeran mudah alih dan teori pembelajaran yang baharu, web dan pembelajaran mudah alih telah tersebar di mana-mana dalam masyarakat kita, yang dianggap sebagai gaya pembelajaran penting di masa hadapan. Perkembangan AR dalam teknologi pendidikan dapat meningkatkan keupayaan peranti AR dalam mengurangkan masalah dalam pendidikan.
2.0 SEJARAH AUGMENTASI REALITI
Sebenarnya sejarah tentang augmented reality sudah dimulai dari tahun 1957-1962, Morton Heilig, seorang sinematografer, mencipta sebuah simulator yang disebutnya Sensorama dengan visual, getaran dan bau. Pada tahun 1966, Ivan Sutherland menemukan ‘head-mounted display’. Tahun 1975, Myron Krueger menemukan ‘Videoplace’ yang memungkinkan pengguna, dapat berinteraksi dengan objek virtual untuk pertama kalinya. Tahun 1989, Jaron Lanier, memeperkenalkan Virtual Reality dan menjadikan sebagai satu perniagaan di dunia maya.
Tahun 1992, AR digunakan dalam perbaikan pada pesawat Boeing, dan pada tahun yang sama, LB Rosenberg mengembangkan salah satu fungsi sistem AR yang disebut ‘Virtual Fixtures’ digunakan di Angkatan Udara Amerika Syarikat Armstrong Labs dan menunjukan manfaatnya pada manusia dan pada tahun 1992, Steven Feiner, Blair Maclntyre dan Doree Seligmann memperkenalkan untuk pertama kalinya Major Paper untuk perkembangan Prototype AR. Pada tahun 2008, ‘Wikitude Augmented Reality Travel Guide’, memperkenalkan Android G1 Telepone yang berteknologi AR. Tahun 2009, Saqoosha memperkenalkan FLARToolkit (Flash Augmented Reality Toolkit) yang merupakan perkembangan dari Augmented Reality Toolkit. FLARToolkit memungkinkan kita memasang teknologi AR disebuah website, ‘Output’ yang dihasilkan FLARToolkit adalah berbentuk Flash.
3.0 PENGGUNAAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (AR)
Teknologi AR boleh digunakan dalam kerja harian seorang Penolong Pegawai Sains (PPS) atau Staf Universiti melalui berbagai cara :
3.1 Sistem Keselamatan
Sistem keselamatan yang mempunyai teknologi AR akan menjaga keselamatan didalam makmal, iaitu CCTV dan Alarm. CCTV berfungsi sebagai perakam segala kejadian didalam dan luar makmal akan sentiasa berhubung dengan alarm. Alarm ini akan berbunyi apabila ada hal yang tidak diinginkan terakam kamera. Selain CCTV dan alarm, terdapat satu lagi teknologi yang membantu keselamatan makmal iaitu text notification yang memberi amaran melalui telefon bimbit sekiranya ada tingkap dan pintu yang tidak berkunci.
Jika terjadi sesuatu perkara seperti kebakaran, tumpahan chemical, kerosakan alat instrument. Teknologi AR membolehkan PPS melihat keseluruhan dlam makmal melalui imej 3D yang di muatnaik di smartpone yang mempunyai AR.
3.2 Penyelanggaran Instrument
Adanya sistem teknologi AR mempunyai kemudahan untuk melaksanakan penyelenggaraan atau pembaikan ke atas instrument yang mempunyai kerosakan yang kompleks. Tidak kira bagaimana pintar dan berpengalamannya, tidak mungkin semua butiran teknikal terdapat dalam ingatan PPS. PPS tidak perlu membawa bersama beberapa buku panduan penyelenggaraan lapangan yang berat untuk rujukan. Memadai dengan mengambil satu komputer tablet khas, halakan kamera pada peralatan, dan ia akan mengenal pasti keseluruhan instrument itu, ini membolehkan PPS melihat bahagian dalaman instrument tanpa membukanya, dan menunjukkan kepada bagaimana untuk melakukan penyelanggaran yang diperlukan.
September 9, 2017
TEKNOLOGI REALITI MAYA (VR)
1.0 PENGENALAN TEKNOLOGI
Teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas; tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fon kepala. Sesetengah sistem termaju dan sistem ujian memasukkan maklumat sentuh, yang dipanggil suap balas terhad. Ramai orang melihat teknologi VR sebagai satu model untuk dunia sebenar. Ada yang berpendapat bahawa VR ialah satu bentuk yang lebih canggih bagi perkakasan komputer. Ada pula yang berpandangan bahawa sistem VR perlu ada perisian keras, seperti head mounted display, feedback glove, full body suit dan lain-lain.
VR boleh di definisi sebagai satu sistem yang menyediakan satu interaksi atau satu penjelajahan sistem persekitaran maya 3D. Persekitaran maya 3D yang dijana oleh komputer membolehkan pengguna mengambil bahagian dalam masa nyata. Persekitaran maya dapat dirasai dalam tiga keadaan seperti imersif sepenuhnya, augmentation kepada dunia sebenar dan melalui “tetingkap dunia” (Window’s World).
2.0 SEJARAH DAN PENGGUNAAN VIRTUAL REALITY
Realiti Maya (Virtual Reality, VR) dicipta oleh Jaron Lanier pada tahun 1989. Lanier merupakan salah seorang peneroka dalam bidang ini, menubuhkan syarikat VPL Research (daripada "Virtual Programming Languages") yang mencipta sebahagian sistem pertama pada tahun 1980. Istilah berkait realiti buatan telah digunakan semenjak 1970 dan alam siber semenjak tahun 1984.
Istilah virtual reality bukan lagi kita lihat di wayang gambar filem sains fisyen. Teknologi berupa aplikasi virtual reality telah membawa kita untuk untuk menikmati virtual reality secara langsung dengan menggunakan smartphone @ andorid yang kita miliki. Hal ini merupakan sebuah kemudahan yang boleh dinikmati oleh semua orang. Penggunaan aplikasi seperti ini akan memungkinkan kita untuk menjelajahi suatu kawasan atau lingkungan dengan cara yang berbeza, seakan-akan kita yang berada didalamnya.
Ada berbagai aplikasi virtual reality yang ada di pasaran saat ini. Aplikasi-aplikasi ini tersedia untuk smartphone atau pun gadget lain dengan sistem operasi yang berbeza-beza termasuk Android. Diantara berbagai pilihan yang ada, terdapat beberapa aplikasi yang memiliki berbagai kelebihan yang membuatnya berasa bangga diantara aplikasi serupa dan patut untuk dicuba oleh para pemilik smartphone Android
Cardboard
Aplikasi virtual reality pertama untuk telepon pintar Android yang patut dicuba adalah Cardboard. Aplikasi ini mampu menempatkan virtual reality (VR) di dalam pone dengan cara yang mudah. Selain membantu mendapat pengalaman VR para penggunanya,
Cardboard VR
Aplikasi ini memiliki program demo yang boleh dinikmati para pengguna selain program VR lain yang boleh ditambah. Program demo yang tersedia pada aplikasi ini berupa kumpulan-kumpulan VR yang boleh dinikmati seperti:
VR Bumi yang memungkinkan pengguna untuk mengunjungi berbagai tempat di seluruh permukaan bumi.
VR Panduan Tur yang memungkinkan pengguna menikmati langsung pemandangan Versailles dengan ditemani oleh pemandu tempatan.
VR Pameran dimana para pengguna boleh melihat dan mempelajari artefak budaya dari berbagai sudut pandang.
VR Foto 360° yang memungkinkan pengguna untuk melihat gambar-gambar yang telah mereka ambil dari sudut 360°.
VR Video yang memungkinkan pengguna untuk melihat video mereka dalam layar berukuran besar
Aplikasi ini menawarkan lebih dari sekadar kesempatan bagi para pengguna untuk menlihat dunia VR, dan hal inilah yang membuatnya menarik untuk dicuba, terlebih lagi aplikasi ini boleh dibeli. Aplikasi ini merupakan aplikasi pertama yang disarankan oleh Google dan untuk boleh memgunakan alat penampil Cardboard.
Vrse
Vrse merupakan salah satu aplikasi virtual reality yang sangat menarik. Pada aplikasi ini, pengguna akan ditunjukkan gambar berupa landscape ataupun grafik sambil mendengarkan cerita yang berkaitan dengan gambar tersebut. Aplikasi ini merupakan salah satu contoh aplikasi virtual reality terbaik pada masa kini dan aplikasi ini boleh juga dibeli. Aplikasi ini memungkinkan pengguna untuk melihat virtual reality dengan atau tanpa menggunakan Cardboard. Para pengguna akan benar-benar diajak masuk ke dalam cerita dengan sistem 3D dengan kotak suara yang berubah-ubah menyesuaikan dengan lokasi yang ada berada.
Fulldive VR
Aplikasi virtual reality lain yang juga boleh digunakan pada smartphone Android adalah Fulldive VR. Aplikasi ini memungkinkan para pengguna untuk lebih menikmati berbagai media dengan cara yang benar-benar baru dan berbeza dari sebelumnya. Fulldive VR bisa dipergunakan di Smartpone Android dan juga pada berbagai alat untuk melihat virtual reality seperti Google Cardboard VR headset.
Aplikasi-aplikasi tersebut pada dasarnya boleh didapati dipasaran, dimana pengguna boleh ‘download’ tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Namun perlu diingat tidak semua aplikasi-aplikasi tersebut boleh digunakan pada semua jenis smartphone Android. Terdapat beberapa spesifikasi yang perlu dipenuhi sebelum boleh memgunakan aplikasi tersebut
3.0 PENGGUNAAN TEKNOLOGI VR DALAM KERJA HARIAN
Teknologi realiti maya (VR) turut memiliki lonjakan radikal yang sama. Ia kini boleh menyampaikan pengalaman imersif penuh dengan begitu realistik sehingga hampir boleh mengatasi deria anda.
Penolong Pegawai Sains (PPS) boleh menggunakan VR untuk mensimulasikan aliran kerja seluluh makmal. Dengan menggunakan data dari makmal-makmal yang sedia ada, kita boleh melakukan percubaan dengan konfigurasi alternatif, mensimulasikan kesan kegagalan teknikal atau keadaan pengajaran seperti keperluan pelajar untuk memilih bahan-bahan yang merbahaya; VR membolehkan kita melihat bagaimana aliran kerja akan bergerak balas, mengesan masalah yang tidak diduga, dan mengenal pasti cara-cara di mana proses penggunaan bahan-bahan berbahaya boleh dibuat secara lebih selamat dan lebih cekap.
Adanya 4 pilihan system VR dalam pasaran sekarang boleh memudahkan PPS untuk di gunakan dalam kerja harian di makmal, pejabat, kelas dan sebagainya.
i. VR Bumi yang memungkinkan pelajar untuk mengunjungi berbagai tempat di seluruh permukaan bumi tuntuk menentukan jumlah keluasan atau jeenis-jenis tanah, tumbuhan, haiwan, flora dan fona yang terdapat di seluruh pelusuk dunia.
ii. VR Pameran dimana PPS boleh membuat satu bentuk pameran yang sesuai mengikut bidang yang di minta seperti KIMIA, BIOLOGI, FIZIK, GEOLOGI, dan sebagainya untuk mempelajari dari berbagai sudut pandang.
iii. VR Foto 360° yang memungkinkan PPS menyimpan segala data-data yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran dalam bentuk gambar-gambar, ini akan memudahkann PPS mencari semula jika terdapat permintaaan untuk melihat semula amali atau keputusan yang telah di buat sebelum ini. Gambar-gambar yang telah diambil dari sudut 360° akan memudahkan melihat tanpa satu pun tertinggal.
iv. VR Video pula membolehkan PPS menyimpan segala amili-amali yang dilakukan dalam bentuk video. Pada awal semester, terdapat keperluan untuk melihat video mereka dalam layar berukuran besar bagi pensyarah dan PPS melakukan penambahan atau pengurangan dari segi menambah baik amali.
Aplikasi lebih dari sekadar kesempatan bagi Penolong Pegawai Sains (PPS) untuk menlihat dunia VR, dan hal inilah yang membuatnya menarik untuk digunakan dalam perkaraa tertentu bagi memudahkan penyimpanan data, penerangan kepada pelajar dan pensyarah, pengumpulan bahan-bahan kimia dalam pelbagai ketegori, baikpulih peralatan dengan mudah.

TEKNOLOGI AR & VR
Halaman ini menerangkan tentang perkara berikut:
Teknologi Augmentasi Realiti (AR) dan Teknologi Realiti Maya (VR)
- Pengenalan teknologi
- Sejarah
- Cadangkan penggunaan teknologi AR dalam kerja seharian sebagai seorang Penolong Pegawai Sains dan staf Universiti.






TEKNOLOGI MAKLUMAT
Aplikasi yang disediakan oleh Google untuk memudahkan kerja-kerja harian sebagai Penolong Pegawai Sains
GOOGLE DRIVE
Fungsi Google Drive
Documents host.
file hots (HTML, Css, Java script)
Mengedit dan Membuat Dokumen secara online.
Boleh membuat presention secara online.
Boleh membuat Spreadsheet secara online.
Memasukkan gambar
Membuat borang Form.
Kelebihan Google Drive
Hard Google, boleh menyimpan semua file di satu tempat, membolehkan kita mengakses dari mana pun dan boleh menghantar kepada orang lain.
Boleh memggunakan Google Hard di android untuk mengakses gambar, file, dokumen dan video.
mengedit dan membuat dokumen dengan format rich texs.
Boleh menggunakan dan membaca file PDF.
Boleh shere dan upload file ke format google.
menyimpan fili orang di tempat yang selamat
boleh melihat dan membuka bermacam file.
Boleh mengakses di mana pun kita berada jika ada internet
Panduan untuk penggunaan Media Sosial secara profesional
GARIS PANDUAN MEDIA SOSIAL
Media sosial telah mengubah cara berkomunikasi – sebagai ahli dalam sebuah institusi dan sebagai individu. Media sosial juga telah memberi peluang bagi IPTA dalam mencapai dan berhubung dengan pelajar, pensyarah, staf, ibubapa, alumni, rakan serta komuniti dalam dan luar negara.
Penggunaan meluas media sosial di sektor awam termasuklah di university awam, tidak disekat penggunaannya. Namun ia perlu dikawal dan ditetapkan had-had dan batas yang amat perlu difahami oleh setiap warga IPTA dalam penggunaan seharian.
Setiap jabatan adalah digalakkan untuk mempunyai laman rasmi media sosial sendiri bagi memastikan hebahan dan hubungan yang telus dengan warga IPTA dan masyarakat. Walaubagaimanapun, bagi menjaga reputasi dan nama baik insititusi ini, setiap perkara yang dikongsikan perlulah sentiasa mengikuti garispanduan berikut :-
TUJUAN
Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan tatacara, peraturan dan kawalan kandungan media sosial yang perlu dipatuhi oleh warga IPTA supaya:
(a) penyebaran dan perkongsian maklumat adalah terkawal;
(b) maklumat yang dipaparkan tidak akan menjejaskan kepentingan perkhidmatan awam dan kedaulatan Negara;
(c) mengelakkan isu salah laku dan penyebaran maklumat tidak beretika di media sosial;
(d) memastikan maklumat yang disampaikan adalah jelas dan tepat; dan
(e) menampilkan imej korporat Jabatan.
TAFSIRAN
Dalam Garis Panduan ini, tafsiran yang diguna pakai adalah seperti berikut :
Media sosial merujuk kepada kemudahan aplikasi Internet yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, bahan media, dan mewujudkan interaksi antara pengguna dengan penyelia kandungan saluran termasuk Facebook, Twitter, Flickr, YouTube, Instagram, Blog, Google+ dan mana-mana
Media sosial jabatan merujuk kepada media sosial yang diwujudkan sama ada untuk kegunaan peribadi (dengan menyatakan di dalam profil bahawa pemilik laman merupakan staf atau pelajar) atau kegunaan rasmi Unit/ Jabatan/ Pejabat/ Fakulti/ IPTA.
PERATURAN
Berhati-hati mengenai maklumat sulit: dilarang mendedahkan maklumat sulit mengenai Universiti, maklumat peribadi pelajar, staf, alumni atau pihak-pihak yang bekerjasama atau rakan kongsi Universiti (partners).
Berwaspada dengan hakcipta dan harta intelek pihak lain dan pihak Universiti.
Penggunaan logo Universiti hanya dibenarkan kepada laman media, blog, atau saluran rasmi Universiti serta untuk acara atau maklumat rasmi Universiti sahaja.
Dilarang memuat naik, berkongsi (share) maklumat, pautan, gambar, video atau bahan-bahan yang berunsur negative termasuk yang berunsur lucah, perkauman, ganas atau penghinaan;
Dilarang memuat naik, berkongsi (share) maklumat, pautan, gambar atau apa jua pernyataan fitnah, ancaman atau berbaur hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Universiti, Kerajaan dan Institusi Raja.
Dilarang memuat naik, berkongsi (share) yang berunsur aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas;
Dilarang memuat naik iklan-iklan berkaitan perniagaan, pemasaran di laman sosial rasmi jabatan, unit, fakulti dan Universiti tanpa arahan atau mendapat kebenaran dari Universiti melalui Ketua Jabatan.
PROFILE:-
Nama: ABD LATIP BIN HJ DRIS
Jawatan : PEMBANTU MAKMAL C22
Organisasi : FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI INDUSTRI, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

"BRIDGING PROGRAM"
GRED C22 - C29
Selamat datang ke laman web saya. Web ini saya cipta bertujuan untuk mewujudkan pemahaman yang lebih baik tentang sesuatu perkara dan tempat. Apa yang diterbitkan adalah nukilan lebih kepada tidak rasmi kepada pembaca semua...