top of page

KIMIA

Kuliah:-

Tahap 2 sesi1 lebih menekankan kepada asas kimia, penerangan yang diberi adalah gabungan mata pelajaran kimia utama iaitu

  1. asas kimia inorganik,

  2. asa kimi fizik,

  3. asas kimia analisis dan

  4. asas kimia organik. 

Asas kimia inorganik dan analisis merangkumi tajuk-tajuk iaitu struktur atom, siri spektrum, teori atom Bohr, formula molekul, konsep mol dan kepekatan larutan, jadual berkala, ikatan kimia dan stoikiometri. 

Manakala asas kimia fizik pula merangkumi tajuk keadaan gas, hukum-hukum gas, gas sahih, teori kinetik gas, keadaan cecair, sifat cecair, keaaan pepejal.

Asas kimia analisis lebih menekankan penggunaan alatan instrument untuk mencari data-data sesuatu experiment yang dijalankan.

Asas kimia organik pula meliputi pengenalan asas sebatian organik, ikatan, formula struktur dan keisomeran.


Amali:-

Laporan Amali KIMIA 

EXPERIMENT 1

Teknik Penggunaan Dan Kejituaan Radas - Kebanyakan tindakbalas yang dilakukan di dalam makmal kimia memerlukan pengukuran cecair dengan tepat dan penyediaan larutan dengan cara yang betul.

​

EXPERIMENT 2

Penentuan Ketumpatan Cecair Dan Pepejal -  Ketumpatan adalah sifat fizik bahan yang boleh digunakan untuk mengenal pasti bahan tersebut.

​

EXPERIMENT 3

Penentuan Jisim Atom Relatif Sesuatu Logam Bervalenasi Dua - Apabila sepotong Logam bervalensi dua, Z, bertindakbalas dengan asid.

​

EXPERIMENT 4

Penentuan Jisim Molekul Cecair Mudah Meruap - Apabila suhu cecair mudah meruap dipanaskan pada suhu didihnya di dalam suatu bekas tertutup, cecair itu bertukar menjadi wap (atau gas) dan mengisi keseluruhan bekas.

​

EXPERIMENT 5

Sintesis Dan Penentuan Formula Kimia Bagi Magnesium Oksida - Formula kimia bagi sesuatu sebatian ialah formula yang menunjukkan nisbah bilangan atom pelbagai unsur yang berpadu membentuk sebatian.

​

KIMIA: Homepage_about

Universiti Malaysia Pahang,

Lebuhraya Tun Razak,

26300 Gambang, Kuantan,

Pahang

  • facebook
  • twitter
  • linkedin

©2017 by PAK LATIP. Proudly created with Wix.com

bottom of page